Koleksi
Our Family
Salam Ukhwah
Jadikan Setiap Masalah Itu Sebagai Ujian Tuhan & Anggaplah Ia Sebagai Satu Cabaran Dimana Ia Mengajar Kita Untuk Berhijrah...Daripada Apa Yang Ada Kepada Yang Lebih Baik...
Jadikan Setiap Masalah Itu Sebagai Ujian Tuhan & Anggaplah Ia Sebagai Satu Cabaran Dimana Ia Mengajar Kita Untuk Berhijrah...Daripada Apa Yang Ada Kepada Yang Lebih Baik...
Saturday, April 28, 2012
DOA AGAR DIBERI PETUNJUK DAN KETAKWAAN
"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, kesucian (dijauhkan daripada perkara yang tidak baik) dan kecukupan."
( HR : Muslim )
✔ Baca.
✔ 'Ameen'kan.
✔ Sebarkan pada yang lain.
Soalan dari Amir Ateeq : salam ,nak tanye klu kite wat dosa pastu taubat pastu wat balik pastu taubat dan begitulah seterusnya camner????
Jawapan :
Waalaikumussalam..,
Taubat sebenar adalah taubat nasuha, orang yang bertaubat nasuha pasti tidak akan mengulangi dosa dan maksiat yang dilakukannya kerana taubat nasuha adalah sebenar-benar taubat..
Allah hanya menerima taubat yang ikhlas dari hati, dan orang yang benar-benar ikhlas untuk bertaubat pasti tidak mengulangi dosa-dosanya.. Firman Allah SWT :
“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya”
(QS. Thaha: 82)
Lafaz "kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya” dalam ayat tersebut jelas menunjukkan Allah mahu manusia tetap TEGUH dengan petunjuk yakni hidayah yang diberikan untuk bertaubat dan tidak mengulangi dosa-dosa itu lagi..
Adapun Allah SWT itu Maha Pengampun, memang sukar untuk membersihkan hati, tapi kita wajib melakukannya.. Beristighfar banyak-banyak. Sedangkan Rasulullah sendiri beristighfar tidak kurang dari 100 kali dalam sehari.. Jangan berputus asa untuk berusaha membersihkan hati..
Firman Allah SWT:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(QS. Az-Zumar: 53)
ANDA STRESS???
Sumber & Rujukan: KKM
PUNCA STRESS
1) Masalah Kewangan
2) Menunggu Lama
3) Konflik Rumahtangga
4) Kena Buli
5) Rasa Rendah Diri
6) Beban Kerja
7) Penyakit Fizikal
8) Kesesakan Lalu Lintas
9) Persekitaran yg Tidak Selesa
10) Tragedi
GEJALA STRESS
1) Gelisah
2) Risau Keterlaluan
3) Gangguan Tidur
4) Kurang Tumpuan Kerja
5) Cepat Marah
CARA2 MENANGANI STRESS...AMALKAN 10B
1) Bertenang (selagi blh larrr kan...)
2) Bernafas dlm2 (tarik nafas...1,2,3 lepas...mmm, lega kan...)
3) Berkata; RELAKS LAHHH...DON WORI BE HEPI!!! ki3...
4) Beribadat (cara yg paling mujarab...x percaya??? cuba buat, anda pasti dpt!!!)
5) Bercakap dgn seseorang...(hanya kpd pendengar2 yg setia, yg blh dipercayai & yg memahami...bkn BATU API!!! nanti lain jadinyerrr nanti...)
6) Berurut (thai massage...??? aromaterapi...??? lu pk larrr sendiri...ki3)
7) Berehat & Mendengar Muzik (mmm, memang berkesan...;D)
8) Beriadah (luangkan masa bersama kwn2/keluarga tercinta, beriadah bersama2...)
9) Bersenam (bab ni cam berat ckettt kan, tp xperrr...try ur best!!!)
10) BERFIKIRAN POSITIF (ni pun bkn senang tp cuba larrr yg terbaekkk, utk kebaikan bersama...)

Petua ISLAM Untuk Wajah Berseri
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Petua 1:
Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua, selepas solat.
Petua 2:
Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur.
Petua 3:
Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer.
Petua 4:
Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku.”
Petua 5:
Membaca Doa Bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku".

Petua: Makan Tetapi Kekal Langsing
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Saturday, 01 January 2011 at 17:14
Bagaimana makan boleh terus kekal langsing?
Makan dengan kerap.
Anda boleh pastikan anda langsing jika makan dengan kerap. Tetapi perlu diingat, jaga kuantiti makanan setiap kali anda makan. Makan dengan sedikit atau sederhana, tetapi biarlah kerap supaya tubuh anda tidak kehabisan tenaga dan tidak berasa terlalu lapar. Rasa terlalu lapar membuat anda makan dengan lebih banyak.
Rendah kalori, rendah lemak.
Amalkan memakan makanan yang rendah kalori dan rendah lemak. Makanan yang mengandungi banyak air boleh membantu menolong mengurangkan rasa lapar. Makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi dengan memakan salad sebelum mengambil menu utama.
Utamakan protein dalam setiap hidangan makanan.
Orang yang memakan makanan berprotein tinggi lebih merasa puas dengan dengan makanan yang di makan dan kurang berasa lapar. Tambahan pula, mereka yang memakan 30 peratus kalori daripada makanan bersumber protein berpeluang mengekalkan kelangsingan badan. Tingkatkan pengambilan protein seperti putih telur, tuna, ayam tanpa kulit, kekacang dan sebagainya.
Waktu terbaik untuk minum air.
Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum.
Pagi selepas bangun dari tidur.
Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein untuk memulakan hari.
30 minit sebelum waktu makan.
Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.
Sepanjang hari.
Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih) sekurang-kurangnya 240 ml air setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia boleh membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.
Petua Awet Muda
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA on Sunday, 06 March 2011 at 13:20
Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat subuh bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak 3 teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.
Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. InsyaAllah wajah akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. Wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping

Subscribe to:
Posts (Atom)