Ayang & Ayang

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Salam Ukhwah
Jadikan Setiap Masalah Itu Sebagai Ujian Tuhan & Anggaplah Ia Sebagai Satu Cabaran Dimana Ia Mengajar Kita Untuk Berhijrah...Daripada Apa Yang Ada Kepada Yang Lebih Baik...

Saturday, April 28, 2012

Soalan dari Amir Ateeq : salam ,nak tanye klu kite wat dosa pastu taubat pastu wat balik pastu taubat dan begitulah seterusnya camner????






Jawapan :

Waalaikumussalam..,


Taubat sebenar adalah taubat nasuha, orang yang bertaubat nasuha pasti tidak akan mengulangi dosa dan maksiat yang dilakukannya kerana taubat nasuha adalah sebenar-benar taubat..



Allah hanya menerima taubat yang ikhlas dari hati, dan orang yang benar-benar ikhlas untuk bertaubat pasti tidak mengulangi dosa-dosanya.. Firman Allah SWT :


“Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya”


(QS. Thaha: 82)


Lafaz "kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya” dalam ayat tersebut jelas menunjukkan Allah mahu manusia tetap TEGUH dengan petunjuk yakni hidayah yang diberikan untuk bertaubat dan tidak mengulangi dosa-dosa itu lagi..


Adapun Allah SWT itu Maha Pengampun, memang sukar untuk membersihkan hati, tapi kita wajib melakukannya.. Beristighfar banyak-banyak. Sedangkan Rasulullah sendiri beristighfar tidak kurang dari 100 kali dalam sehari.. Jangan berputus asa untuk berusaha membersihkan hati..


Firman Allah SWT:


“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

(QS. Az-Zumar: 53)

No comments:

Post a Comment